Wednesday 1 June 2011

Nora Elena

Seperti yang dijanjikan..saya nak cerita pasal Nora Elena..


Cerita ni sebenarnya diadaptasi dari sebuah novel yg bertajuk Kasih Yang Suci...(mcm pernah baca..tp ingat2 lupa..)

Setiap hari isnin-khamis pukul7.00..mmg kebetulan time ariana menyusu,lepas balik keje..lepak depan tv sambil nyusukan ariana..selalunya ariana akan tido sekejap sebelum maghrib..
mmg setiap episod saya nanti2kan..memula tgk mcm biasa2 je, xdela best sgt..tp layan sbb ada aaron aziz..
almaklumla..romantik giler die ni..cair je tgk lakonan die..nasib baik dah kawin..hehe..tp kalo xkawin lg pun mcm la aaron aziz tu nak pandang kat aku ni ha kan..berangan je la ek...(jgn marah Mr.aleng..papepun mr.aleng tetap dihati..hehehe..)

sinopsis cerita ni..seorang gadis yg mempunyai peristiwa hitam dalam hidupnya kerana dia telah menjadi mangsa rogol sewaktu di alam persekolahan..dan peristiwa itu sering menghantuinya..sehingga sekarang dia masih terbayang2 wajah perogol itu..
dalam pada itu, dia telah pun bertunang dgn Eid (xtau nama sebenarnya) dan telah pun menunggu hari untuk diijabkabul..tetapi..terjadi suatu salah faham yg besar antara Eid dan Nora, disangkakan Nora mempunyai hubungan dengan bos Eid iaitu Seth(aaron aziz)..
Hmmm..pada pendapat saya..mmg patut pun Nora xkawin dgn Eid tu..dah la panas baran, ego, tuduh org melulu2..pastu xpercaya pada tunang sendiri..haih..mcmni nak kawin??huhu..baru bertunang dah mcm tu, kawin nnt xtaula mcmana..Moralnya disini..kepercayaan kpd pasangan itu penting dlm sesebuah ikatan..
padan muka Eid tu..lepas dia sendiri yg putuskan pertunangan tu..dan pada masa yg sama, Seth melamar Nora..masa ni romantik giler..Seth ajak Nora minum petang, pastu Nora nak mkn kek tu terkejut tgk ada cincin atas kek tu..wah..romantiknye..tapi masa tu Nora dlm dilema antara nak terima lamaran Seth atau tidak..Sebab kalau Nora xterima, akan buruklah pandangan org kampung pada keluarganya,persiapan semua dah buat, mak Nora pulak sakit angkara si Eid tu la putuskan tunang disaat2 akhir..tapi kalau terima Seth, xde cinta dlm hatinya..hmmmm....
Akhirnya Nora setuju terima lamaran Seth semata2 xmahu malukan keluarganya..yeayyyyy...suka saya...
tp lepas kawin..kesian kat Seth sbb Nora tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri..yela, Nora xbersedia lg hidup dgn org yg dia xkenal sgt, org asing dlm hidupnya..tiba2 nak tido sekatil..kalau saya pun susah jugak nak sesuaikan diri..tapiii...kesian kat Seth...dia terima apa saja kehendak Nora dan dia fhm kenapa Nora xbersedia lg...tapi sampai bila ye??tunggu la ek...
ala...tp rasa2nya mesti satu hari nnt Nora akan jatuh cinta jugak kat Seth..bila satu hari Seth xde, ataupun Seth xamik peduli kat dia dah baru dia sedar yg dia sebenarnya dah jauth hati kat Seth tanpa dia sedari..betul x???hehehe...aku yg jd pengarahnye pulak...wakakaka...

Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah:
1. Siapa sebenarnya perogol itu??..mungkin kah Amir iaitu pegawai polis dan kawan sekampung dgn Nora dan Seth??mungkinkah jugak Seth???
2. Adakah Nora akan jatuh cinta pada Seth?? >>>jawapan saya..sudah tentu..cuma masanya belum tiba..:))
3. Adakah perkahwinan Nora dan Seth kekal setakat atas nama berkahwin atau rasa cinta??

Sape dah baca novel tu mesti dah tau jawapan kan??..tp xbestla kalau dah tau..kalau nak best..kena ikut dan tunggu la cite tu sampai abis k...
Ok, itu saja utk hari ini...jumpa lg...bye!!

No comments:

Post a Comment