Wednesday 10 August 2011

Ariana Demam Campak

Ariana demammm....huhuhu...cian die...
Jumaat lepas badan dia dah panas...g klinik doc masukkan ubat dalam bontot untuk turunkan suhu..
lepas tu dia nampak dah ok, boleh main2 dah...tp mlm sabtu tu panas balik...bg ubat cam biase...
kebetulan balik gerik minggu tu sbb saya ada taklimat di ipoh...opah gerik pun xsampai hati biar ariana demam2 dok nursery, dia pun ikut balik t.intan jaga ariana...huhu...tp lega jugak saya, ada org nak jaga ariana...kalau ikutkan hati mmg xsampai hati nak hantar ariana kat nursery...nak g keje pun berat hati tgk ariana lembik je, nak berkepit, nak manje, yg paling risau dia xnak mkn ape2, minum susu pun xnak..susut dah badan die...alahaii...tp ape kan daya saya, cuti pun xbanyak..cuti raya lg ni...nasib mak ade...

Ahad mlm cam biase mr. aleng pun balik kl...risau tinggalkan kami dgn keadaan ariana xbrape sihat..esoknye saya g keje cam biasa...demam lg ariana..lepas mkn ubat ok, pastu panas balik...sampaila hari selasa..saya balik keje tgk2 muka dia abis naik merah2..demam campak rupanya..ala..ciannye...tp badan die dah xpanas...cuma merengek..perut kembung sbb xnak mkn, rupanya ada ulser dlm mulut...mgkin sbb panas dalam tu...adeh...

Saya rindukan Ariana yang aktif seperti sebelum ini...




Ariana yg tidak bermaya..


Cepatla sembuh ariana ye..


Beberapa info tentang demam campak..diambil dari web Info sihat KKM:

Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan. 

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

5 comments:

  1. alamak...en.norul ke ni..hehe..malu la, ade ex-ofismate bace rupanye...:)

    ReplyDelete
  2. yup...nan tu stand for norul azwan nordin

    ReplyDelete
  3. camane leh jumpa blog ni en norul??

    ReplyDelete
  4. err.. ntah..pusing2... terjumpa.. haha..

    ReplyDelete