Showing posts with label Ariana. Show all posts
Showing posts with label Ariana. Show all posts

Friday, 21 October 2011

Tidak Suka Mainan - Ariana

Salam...
Baru rasa nak menulis setelah sekian lama menyepi..hehe..
Terfikir apa yang nak dikongsikan..dapat satu idea..
kali ni nak cerita pasal ariana yang tak suka main mainan...kalau main pun masa baru-baru beli, lps tu campak je, xhirau dah...tau x ape yg dia suka main??
haa...dia suka main koyak2 kertas, sepah2 kan rumah, main barang2 dapur cthnye tapis2, mangkuk2 plastik, periuk2 yg kecik2 tu..kalau dapat kat die mmg 'tong tang tong tang' la bunyi kat dapur tu...

Kalau anak anda mengalami situasi yang sama, jgn risau ye...
bagi saya, itu perkara biasa..kanak2 suka buat bunyi2 yg bising, cthnye ketuk2 periuk, baling2 benda jatuh pastu buat muka "ha.." sambil bulatkan mata..pastu senyum..hehe..cute kan..pastu bila kita ambik barang tu bagi die, saje je jatuhkan supaya dpt dgr bunyi jatuh tu lg...haha..layankan aje....
sambil2 tu kita blh stimulate imaginasi anak2 kita...cthnya boleh bagi dia kotak kosong cam kotak biskut ke..cikgu kate kotak bagus untuk kanak-kanak..tp xtaula faktanya..mungkin dpt membantu dlm perkembangan otaknye dari segi konsep bentuk kotak tersebut...
lg satu, ariana suka punggah baju yg dalam beg atau yg dah lipat...kalau ikutkan hati mmg nak marah, yela..kita dah lipat dia tukang punggah..adeh..sampai bile pun xsiap lipat baju kalo camtu...
tp cuba kita fikir ke arah positif...kita leh ajar dia asing2kan baju ikut colour..dari sini kite leh ajar dia sebut colour yg betul...

kanak2 suka dgn aktiviti mengisi dan mengosongkan...cthnya td ariana mmg suka keluarkan baju dlm beg sampai kosong...kite leh ajar dia masukkan balik...sukanye die main camtu....layankan aje nye..pada saya, saya lebih suka biarkan dia explore ape yg dia nak...dari situ dia dpt blaja skill2 memegang, menggenggam, mengawal pergerakan tangannya dan mcm2 skill yg kdg2 kita xsedar...tp kena awasi jugak..jgn sampai dia main sampah atau benda2 yg beracun...ooo..ini yg saya xleh tahan..bahaya tau...tp kalau kita bgtau dia pun xfhm bahaya tu ape..xpe, lama2 sampai masanya dia akan fhm betul x...

okla..cukupla utk hr ni ye...saya nak share gamba2 ariana yg main benda bukan2...

camera casing..

plastik beg baju kotor..

keluarkan barang dari beg..

barang2 rumah...

main hanger pulak....
bagi main kotak..supaya dia dok diam dlm car seat tu..hehe..

Wednesday, 10 August 2011

Ariana Demam Campak

Ariana demammm....huhuhu...cian die...
Jumaat lepas badan dia dah panas...g klinik doc masukkan ubat dalam bontot untuk turunkan suhu..
lepas tu dia nampak dah ok, boleh main2 dah...tp mlm sabtu tu panas balik...bg ubat cam biase...
kebetulan balik gerik minggu tu sbb saya ada taklimat di ipoh...opah gerik pun xsampai hati biar ariana demam2 dok nursery, dia pun ikut balik t.intan jaga ariana...huhu...tp lega jugak saya, ada org nak jaga ariana...kalau ikutkan hati mmg xsampai hati nak hantar ariana kat nursery...nak g keje pun berat hati tgk ariana lembik je, nak berkepit, nak manje, yg paling risau dia xnak mkn ape2, minum susu pun xnak..susut dah badan die...alahaii...tp ape kan daya saya, cuti pun xbanyak..cuti raya lg ni...nasib mak ade...

Ahad mlm cam biase mr. aleng pun balik kl...risau tinggalkan kami dgn keadaan ariana xbrape sihat..esoknye saya g keje cam biasa...demam lg ariana..lepas mkn ubat ok, pastu panas balik...sampaila hari selasa..saya balik keje tgk2 muka dia abis naik merah2..demam campak rupanya..ala..ciannye...tp badan die dah xpanas...cuma merengek..perut kembung sbb xnak mkn, rupanya ada ulser dlm mulut...mgkin sbb panas dalam tu...adeh...

Saya rindukan Ariana yang aktif seperti sebelum ini...




Ariana yg tidak bermaya..


Cepatla sembuh ariana ye..


Beberapa info tentang demam campak..diambil dari web Info sihat KKM:

Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan. 

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.