Friday 17 June 2011

Penyusuan Eksklusif Untuk Ariana Part 1

Wah..tajuk gempak tu..:))
Sebenarnya entry kali ini, saya ingin ceritakan pengalaman saya dalam perjalanan menyusukan ariana...

Semasa ariana masih dalam perut saya, niat utk bagi susu ibu sepenuhnya kpd ariana sudah pun tertanam dlm hati saya..ditambah lg bila bff saya chot bg support suruh bg susu ibu pada anak..
saya mula membaca artikel2, blog2 mengenai susu ibu..kebaikan susu ibu, kenapa perlu bg susu ibu, masalah2 penyusuan..mcm2 mengenai susu ibu..rupanya bukan senang utk berjaya dlm penyusuan susu ibu ni..x semudah yg kita sangkakan..byk cabarannya..byk dugaannya..mungkin bg setengah org, perjalanannya mudah..bagi saya pula, tidak mudah..dan saya tahu, bila dlm kesusahan, Allah sedang menguji hambaNya..

Kali pertama menyusukan Ariana, perasaan saya ketika itu, Ya Allah..besarnya kekuasaan Mu..Indahnya ciptaan Mu..tidak putus2 bersyukur kerana bayi yg dikandung telah selamat dilahirkan dan saya telah menjadi seorang ibu..Nikmatnya setelah dapat menyusukan anak sendiri..walaupun ketika itu, saya agak kekok menggendong bayi..cara dan teknik utk menyusu bayi tak betul (menyesalnya xdpt pegi kursus penyusuan susu ibu ketika itu)..ditambah pula kesakitan dan keadaan saya yg lemah ketika itu..tapi saya tetap bersemangat utk menyusukan anak saya..cuma kesilapan saya ketika itu, saya tidak minta rooming in dgn baby saya..dan sebab itu saya rasa, baby saya telah disumbat dgn susu formula...maafkan mama ariana, mama kekurangan ilmu ketika itu, mama lemah, xberdaya utk bangun pun..hanya baring atas katil sebab mama mengalami tumpah darah sedikit..doktor pasangkan alat bantuan utk kencing supaya mama xbyk bergerak...Apepun mama tetap akan berusaha supaya mama dapat berikan susu yg terbaik buat Ariana iaitu susu ibu...

Selepas 3 hari Ariana dilahirkan, jururawat yg dtg melawat ariana check suhu ariana tinggi..Ariana demam..perasaan saya ketika itu, hanya tuhan yg tau..bayi seberat 2.7kg, berumur 3 hari dah dijangkiti virus..ariana dan saya ditahan di wad Hospital Ampang. nasib baik hospital rakan bayi, kalau x mesti dia suruh tinggalkan ariana dan saya hanya boleh dtg melawat ariana...Itulah kelebihan hospital rakan bayi, bayi akan dipastikan hanya minum susu ibu sahaja..bayi akan sentiasa berada dgn ibunya..Saya bertekad akan beri susu ibu sekerap yg boleh..hanya susu ibu yg terbaik..hanya susu ibu yg dapat buang dan matikan segala bakteria/virus dlm badan ariana..walaupun saya xcukup tido,xcukup rehat..keadaan ketika itu hanya tuhan yg tau pengorbanan saya,mr. aleng juga..besarnya pengorbanan seorang ibu dan juga bapa..Terima kasih tak terhingga pada mr.aleng kerana menjaga saya dan juga ariana ketika itu dan sehingga sekarang..
Akhirnya setelah beberapa hari di hospital, setelah ujian darah dibuat dan tiada bakteria yg merebak, suhu badan ariana stabil..kami dibenarkan pulang..hari itu adalah hari raya haji tahun 2010..Alhamdulillah...walaupun saya tidak sedikit pun kisah dgn persiapan raya haji...
Pengalaman berada di hospital adalah satu pengalaman yg xdapat saya lupakan..nnt saya akan ceritakan di entry yg lain..InsyaAllah..(kalau mood rajin menulis..hehe..)

Semasa tempoh berpantang di kampung pula...
Ariana kerap menangis dan x tido waktu mlm...kdg2 seharian xtido, menangis xhenti2..saya juga turut sama xtido, xcukup rehat..berkepit dgn ariana je..dengan nak bertungku lagi...kdg2 tungku yg mak dah panaskan, sejuk mcm tu je..sebab ariana menangis, menyusu ariana, dukung ariana, bagi dia tido...saya xsuka sgt bila waktu bertungku tiba..paling xsuka...mak pulak, bila ariana menangis, katanya xcukup susu..siap offer nak belikan susu tepung..punyala nak bagi budak tu senyap...tapi saya tetap dengan pendirian saya..hanya susu ibu yg boleh masuk dlm mulut ariana, biarlah saya senyapkan ariana dgn susu saya..bukan susu tepung@susu tin@susu lembu..saya ada susu mampu menyusukan ariana buat apa nak bagi susu lembu???lembu susukan anak lembu..manusia susukan anak manusia..betul x??..saya siap baca kan kuat2 bagi semua org dlm rumah tu dgr kenapa xboleh bg susu tepung..perut bayi xdpt hadam susu tepung..bla..bla..bla...biar semua org tau...biar semua org blaja..sape ckp susu xcukup??tanggapan itu salah sama sekali...dan saya telah buktikan sekarang..semua ibu mampu utk menyusukan anak mereka....(semangatnya aku..nak jd kaunselor laktasi ke??hehe..)akhirnya mak akur dgn permintaan saya yg hanya mahukan susu ibu utk ariana...

Nak tahu apa cabaran dlm penyusuan ariana seterusnya..nntkan part 2..to be continued..:))

1 comment:

  1. pengalaman pertama...pastikan ianya akan jadi reference untuk adik2 ariana nanti... ;)
    pesanan untuk aku juga...

    ReplyDelete