Monday 20 June 2011

Penyusuan Eksklusif Utk Ariana Part 2

Penyusuan diteruskan sehingga abis tempoh berpantang..dan balik kl, duduk rumah mama iaitu ibu mertua ku...bersyukur sgt dpt mak mertua sebaik mama...dia yg menguruskan ariana...dia yg mahu menjaga ariana..dan xmahu ariana dihantar ke nursery..katanya budak tu lembik lg..letak nursery org jaga xsama mcm kita jaga..yela, cucu perempuan pertama..excited sungguh...xpela, biarla mama jaga ariana..sampai bila..saya pun xtau sampai bila yg dia larat nak jaga ariana..esok2 bila dah merangkak lg susah nak kejar2 ariana..risau dia xlarat dah nak jaga..

ok, setelah bercuti selama xsampai 2bulan dah kena masuk keje balik..tak dpt membayangkan mcmane nak tinggal ariana, mcmana nak perah susu..hanya berdoa semoga Allah permudahkan segalanya....
Hari pertama bekerja...asyik teringatkan ariana, telefon asyik tanya keadaan ariana...boleh ke mama jaga..yela..takut menyusahkan dia...sebelum ini, mama juga xputus2 minta ariana disusukan dgn susu tepung..katanya, takut ariana menangis xcukup susu...saya hanya telan segala sangkaan atau tanggapan itu..yela, susah nak terangkan dgn mak mertua..nak kena pandai jaga hati...nnt terasa hati susah jugak...hanya pada mr.aleng tempat saya mengadu...disebabkan tidak mahu menyusahkan ibu mertua ku yg dikatakan susah utk bagi susu perahan, saya membuat keputusan utk bagi ariana susu tepung..mengalir airmata semasa menyuap susu tepung pada ariana..susu yg pertama iaitu Anmum..selepas beberapa jam, ariana muntah...abis baju, cadar katil..kesian ariana,lembik xbermaya selepas itu...mungkin perutnya xdapat nak hadam susu tu....minggu depannya, kami try lagi sekali bagi enfalac..sama juga keadaannya, kali ini didepan ibu mertua ku sendiri yg melihat keadaan ariana muntah...baru dia tau, baru dia faham kenapa saya xnak bg susu tepung..mr.aleng pun print artikel, bagi kat mama, suh dia baca..bila baca, kena kat batang hidung sendiri la kan..hehe..selepas tgk keadaan ariana yg xbermaya, kami bawak ariana pegi klinik..doctor bgtau mungkin arina allergic susu lembu..doktor bagi sample susu bebelac, dan dia ckp kalau xsesuai jugak lepas ni kena bagi susu tepung yg soya punya...selepas try bebelac, sama juga keadaannya..dan akhir sekali kami try isomil...ariana nampak ok, tapi bila dia berak,najisnya agak keras...selepas itu, saya membuat keputusan hanya susu ibu yg akan saya bagi pada ariana...mama pun dah takut nak bg apa2 susu lagi...

Setiap hari saya memerah, mengusung beg pam Spectra yg bulky itu..xpe, biar saya susah..demi ariana ape saja saya sanggup...semasa di ofis, saya akan memerah 3 kali..dan hasilnya 10oz-12oz..cukup utk hari esoknya..kadang2 kurang..kena la topup dgn stok yg xberapa nak ada..stok yg saya buat semasa di kampung, abis cair semuanya semasa balik ke kl..menangis saya..mungkin xcukup ais..dugaan betul la...
tp xpe, saya tetap kuatkan semangat utk bg yg terbaik pada ariana..
setiap kali balik keje, saya berdoa supaya jalan x jem, cepatla sampai rumah supaya boleh susukan ariana..bekalan susu ariana hanya cukup sepanjang 8jam iaitu ofis hour..kalau ada meeting petang mesti balik lambat, penah kul6lebih baru balik..dahla jem..saya called rumah, tanya ariana..ariana tido...cepat2 balik..dlm hati xputus2 doa sepanjang jalan supaya ariana x mengamuk nak susu...kdg2 sampai rumah tgk ariana tido lagi...Alhamdulillah..Allah sentiasa menolong hambaNya ketika susah...

Begitulah sepanjang 7bulan setakat ini..saya masih memerah..dan semoga Allah permudahkan hari2 ku..saya akan terus menyusukan ariana selagi daya..Alhamdulillah saya dapat menyusukan ariana secara eksklusif sepanjang 6bulan pertama kelahirannya...semoga murah rezeki ariana..saya tidak susah hati lg sekarang sebab ariana dah mula makan solid food..perut dia pun dah matang..sekiranya keadaan terdesak, saya juga tidak risau kalau nak beri susu formula utk ariana..tetapi tetap akan teruskan penyusuan ini selagi dia mahu..

Inilah antara2 cabaran yg terpaksa saya tempuhi dlm perjalanan penyusuan susu ibu..ada saatnya saya rasa down..bila rasa itu datang, luahkanlah pada sesiapa yg anda rasa boleh bagi semangat balik..dan suami perlu bg support dlm menjayakan penyusuan eksklusif ini...

Untuk mr.aleng..
terima kasih kerana sentiasa support saya..memahami saya..menyapu airmata saya setiap kali saya menangis..blk gerik tiap2 minggu semasa saya dlm pantang..tolong masak air panas utk saya mandi, tolong cedukkan nasi utk saya mkn, tlg buatkan air pagi2 utk saya breakfast, tolong sapu, mop, kemas rumah..mcm2 lg yg b dah buat..saya sgt bersyukur dapat suami mcm b..
Thank you Allah for give him in my life..
Thank you bb for being my endless love..

2 comments:

  1. sedihnyer entry ni....huhuhuhu....
    apepun, tahniah kerana berjaya sehingga ke tahap ini...bukan mudah...aku faham perasaan ko...kita melalui fasa kesusahan yang sama...apepun, aku lebih bersemangat untuk yang kedua ni..harap2 berjaya sehingga 2 tahun... ;)

    ReplyDelete
  2. sedih ke??ada bakat jd kaunselor laktasi x??hehe..
    tq kat ko jugak sbb support aku..dgr luahan aku..
    chaiyok2 chot!!jgn ulangi kesilapan kali kedua..

    ReplyDelete